Selasa, 3 Mei 2016

PENDAPAT TOKOH MENGENAI KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Terdapat beberapa definisi kajian tindakan yang dikemukakan oleh pakar-pakar dalam bidang kajian tindakan. Antaranya ialah:


Kemmis dan McTaggart (1988)
Kajian tindakan sebagai inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilakukan secara kolaboratif oleh peserta sesuatu situasi sosial untuk tujuan mempertingkatkan rasional dan keadilan amalan sosial atau pendidikan yang dilakukan oleh mereka, serta mempertingkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi atau persekitaran di mana amalan tersebut dijalankan.
Kemmis dan McTaggart memberikan tiga ciri utama kajian tindakan:
1.       Kajian tindakan dibuat oleh penyelidik atau sekumpulan penyelidik sendiri dan bukannya oleh penyelidik luaran sahaja.
2.       Kajian tindakan ini dilakukan secara kolaboratif.
3.       Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk memperbaiki keadaan sesuatu amalan pendidikan.

Richards dan Lochart (1994)
Kajian tindakan merupakan satu kajian bilik darjah yang dijalankan oleh pendidik untuk mempertingkatkan pemahaman pengetahuan P&P di dalam bilik darjah serta mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Justeru, kajian tindakan biasanya melibatkan projek-projek kajian secara kecilan yang dilakukan oleh guru bilik darjah.

Cohen dan Manion (1994)
Kajian tindakan bersifat situasional yakni pengenalpastian dan penyelesaian masalah dalam suatu konteks yang spesifik. Mereka mengenal pasti bahawa kolaboratif sebagai salah satu ciri penting dalam kajian tindakan. Menurut mereka juga, kajian tindakan mempunyai matlamat untuk memperbaiki suatu amalan sama ada dalam konteks pendidikan di mana penyelidikan itu dijalankan.

T. Subahan (2006)
Penyelidikan yang mana pengamal turut serta secara aktif dalam penyelidikan secara individu, kolaboratif dengan rakat sejawat ataupun bersama dengan bantuan seorang pakar dikenali sebagai kajian tindakan.

John Elliott (1991)
Kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoretikal yang didefinisikan oleh penyelidik dalam disiplin tertentu.

Lomax (1994)
Kajian tindakan adalah ‘penyelidikan pendidikan’ (educational research) dan ia berbeza dengan ‘penyelidikan dalam pendidikan’ (research in education) kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya serta profesionnya.

Mills (2000)
Kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dijalankan secara sistematik oleh guru, guru besar atau pengetua, guru-guru pembimbing atau guru lain yang berkepentingan dalam suasana pengajaran atau perkembangan pelajar bagi mengumpulkan maklumat tentang perjalanan sekolah mereka, bagaimana pengajaran dibuat dan bagaimana pelajar belajar.

Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan adalah kajian yang dilaksanakan oleh guru atau pendidik secara kolaboratif dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah sesuatu situasi sosial atau amalan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau sekolah kearah mencapai objektif pengajaran guru. Dengan kata-kata lain, melalui kaedah ini guru-guru dapat menyelesaikan sendiri dan memahami sesuatu masalah atau situasi sosial yang berlaku. Perubahan dan peningkatan amalan guru akan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah serta profesionalisme perguruan.





RUJUKAN

Othman Lebar (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod (2012). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu.  Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
 

Ahad, 1 Mei 2016

MAKLUMAT SEKOLAH

Nama
:
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading
Alamat
:
SMK Seri Gading, Sri Gading,
83300 Batu Pahat, Johor.
Pengetua
:
Tn. Hj. Nasuha bin Paiman
GPK Kanan
:
Tn. Hj. Mohd Ta’at bin Kasran
GPK HEM
:
En. Mairop bin Amal
GPK Ko-kurikulum
:
En. Amzah bin Abdullah
Guru Pembimbing
:
Pn. Ruhani Nor binti Ruhmat
Visi
:
SMK Seri Gading mendukung visi bersama Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
:
SMK Seri Gading komited dengan misi bersama melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Motto
:
Superb Effort, Glorious Achievement
No. telefon
:
 07-4558264
Faks
:
07-4558263

GURU PRAKTIKAL

Saya telah menjalani latihan mengajar selama 16 minggu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, Batu Pahat, Johor. Saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek Bahasa Melayu untuk dua buah kelas iaitu kelas 2RK2 dan 4AK1.

Bergambar kenang-kenangan bersama anak didik 4AK1





Bergambar bersama anak didik 2RK2

Bersama pelajar perempuan 2RK2

Bersama pelajar lelaki 2RK2
 


MEMORI

Kenangan sewaktu menjadi pembantu warden di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

Ketika menjadi juri bagi pertandingan menghias dorm sempena sambutan Aidilfitri 




Sarang labah-labah. Kreatif kan?
 



Tema bola sepak

Chandelier



Sesi bergambar sempena Majlis Jamuan Hari Raya Asrama Al-Farabi, SMK Sri Gading.