Kemmis dan McTaggart (1988)
Kajian tindakan sebagai inkuiri berbentuk
refleksi kendiri yang dilakukan secara kolaboratif oleh peserta sesuatu situasi
sosial untuk tujuan mempertingkatkan rasional dan keadilan amalan sosial atau
pendidikan yang dilakukan oleh mereka, serta mempertingkatkan kefahaman mereka
tentang amalan-amalan tersebut dan situasi atau persekitaran di mana amalan
tersebut dijalankan.
Kemmis dan McTaggart memberikan tiga ciri utama
kajian tindakan:
1.
Kajian tindakan dibuat oleh penyelidik atau
sekumpulan penyelidik sendiri dan bukannya oleh penyelidik luaran sahaja.
2.
Kajian tindakan ini dilakukan secara
kolaboratif.
3.
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk
memperbaiki keadaan sesuatu amalan pendidikan.
Richards dan Lochart (1994)
Kajian tindakan merupakan satu kajian bilik
darjah yang dijalankan oleh pendidik untuk mempertingkatkan pemahaman
pengetahuan P&P di dalam bilik darjah serta mengubah keadaan sesuatu amalan
bilik darjah. Justeru, kajian tindakan biasanya melibatkan projek-projek kajian
secara kecilan yang dilakukan oleh guru bilik darjah.
Cohen dan Manion (1994)
Kajian tindakan bersifat situasional yakni
pengenalpastian dan penyelesaian masalah dalam suatu konteks yang spesifik.
Mereka mengenal pasti bahawa kolaboratif sebagai salah satu ciri penting dalam
kajian tindakan. Menurut mereka juga, kajian tindakan mempunyai matlamat untuk
memperbaiki suatu amalan sama ada dalam konteks pendidikan di mana penyelidikan
itu dijalankan.
T. Subahan (2006)
Penyelidikan yang mana pengamal turut serta
secara aktif dalam penyelidikan secara individu, kolaboratif dengan rakat
sejawat ataupun bersama dengan bantuan seorang pakar dikenali sebagai kajian
tindakan.
John Elliott (1991)
Kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah
praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoretikal yang
didefinisikan oleh penyelidik dalam disiplin tertentu.
Lomax (1994)
Kajian tindakan adalah ‘penyelidikan
pendidikan’ (educational research) dan ia berbeza dengan ‘penyelidikan dalam
pendidikan’ (research in education) kerana yang menyelidik itu adalah guru
sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya serta profesionnya.
Mills (2000)
Kajian tindakan adalah satu inkuiri yang
dijalankan secara sistematik oleh guru, guru besar atau pengetua, guru-guru
pembimbing atau guru lain yang berkepentingan dalam suasana pengajaran atau
perkembangan pelajar bagi mengumpulkan maklumat tentang perjalanan sekolah
mereka, bagaimana pengajaran dibuat dan bagaimana pelajar belajar.
Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan adalah kajian yang dilaksanakan oleh guru atau pendidik secara kolaboratif dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah sesuatu situasi sosial atau amalan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau sekolah kearah mencapai objektif pengajaran guru. Dengan kata-kata lain, melalui kaedah ini guru-guru dapat menyelesaikan sendiri dan memahami sesuatu masalah atau situasi sosial yang berlaku. Perubahan dan peningkatan amalan guru akan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah serta profesionalisme perguruan.
RUJUKAN
Othman Lebar (2011).
Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong Malim, Perak:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod
(2012). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan